UMMI DESIGN COLLECTION menawarkan pelbagai variasi jahitan manik dan labucci, yang bersesuaian dengan kegunaan pakaian itu sendiri, sama-ada pakaian santai atau pakaian untuk ke majlis majlis rasmi.

 

Kami menyediakan pelbagai jenis corak atau design jahitan manik di Butik Pakaian kami untuk memudahkan pelanggan kami membuuat pilihan.Dari corak yang ringkas sehinggalah kepada corak-corak yang eksklusif yang menggunakan beberapa gabungan crystal dan manik.

Pelanggan boleh memilih corak yang ada dalam simpanan atau menggunakan corak yang mereka pilih sendiri dari mana mana sumber yang mereka pilih.

Pihak kami memberikan khidmat nasihat percuma kepada para pelanggan kami yang memerlukan sebarang pandangan berhubung dengan masaalah kesesuaian corak atau design manik dengan design pakaian itu sendiri.

 

Untuk mendapatkan corak hiasan yang bersesuaian dengan corak fabric dari kain chiffon,kami menggunakan manik untuk mendapatkan “tone” ringan bersesuaian dengan fabric itu sendiri tetapi design nya mampu memberikan impak kepada keseluruhan pakaian itu sendiri.

Jahitan labucci untuk baju yang bercorak abstak memerlukan ketelitian untuk memastikan corak yang di gunakan bersesuai an atau dengan corak fabric itu sendiri.Kegagalan menggunakan design yang sesuai akan menyebabkan design keseluruhan labucci nampak janggal dan tidak mampu memberi “impak” yang sepatutnya.

Jahitan manik di bahagian leher dan dada untuk fesyen pakaian yang di perbuat daripada kain yang agak tebal dan tidak berbunga (plain) tidak memerlukan ketelitian dalam memilih design.Ini kerana banyak design yang sesuai dengan berlatar belakang warna plain.Walau pun begitu warna manik atau labuci itu sendiri harus sesuai dengan warna latar fabric itu sendiri.

Bagi fabric yang agak tebal seperti Thai Silk,banyak bahan yang boleh di gunakan.Design boleh di buat dengan menggunakan bahan manik sahaja,crystal bits atau labucci.Atau pun gabungan kesemua bahan bahan tersebut.Walau bagaimana pun ianya harus sesuai dengan design atau corak jahitan itu sendiri.Ketelitian memilih corak yang sesuai memilih design mampu menonjolkan “impak” exclusive kepada pakaian itu walau pun design yang di gunakan agak simple.

 


Kami di Ummi Design menawarkan pelbagai variasi jahitan manik,dengan bahan yang tertentu bergantung kepada citarasa pelanggan kami.Yang paling penting, ia nya mesti bersesuaian dengan tema dan fabric pakaian yang di gunakan.

Khidmat  jahitan labucci,crystal dan manik yang kami tawarkan setanding dengan jahitan yang di berikan oleh mana-mana butik pakaian wanita yang lain,dari segi kualiti.Dari segi kos ia nya amat berdaya saing.Sebab itu tempahan labucci kami sentiasa bertambah daripada pakaian ke pejabat,majlis-majlis hingga ke pakaian pengantin.

Jahitan manik pelbagi warna berbentuk kotak yang di sesuaikan selari dengan patern fabric pakaian yang di gunakan.

Jahitan manik ala “tali pintal” dengan manik dua warna nampak kemas dan cantik dengan latar belakang fabric thai silk berjalur benang gelap.

Dengan fabric ringan yang bercorak seperti chiffon,manik yang di gunakan harus selari dengan latar belakang  dan mempunyai berat yang seimbang dengan fabric pakaian.

Design jahitan manik kami yang terkini ke atas pakaian “semi-exclusive” kurung pahang dengan fabric lembut chiffon yang agak “transparent”